“Daif Nye, Makan Daging Burger Je..,” – Giliran Siti Sarah Pula Dibidas Net1zen Bila Cuba Pertahankan Suami?


Baru-baru ini, ada yang membincangkan  mengenai golongan artis yang berharap agar kerajaan tidak meminggirkan kumpulan penggiat seni dengan memberi bantuan khusus berikutan wab4k Covid-19 yang melanda.

Selain beberapa sektor lain yang terkesan gara-gara wab4k tersebut, ia turut menjejaskan ‘periuk nasi’ penggiat seni tempatan.

Bagaimanapun, isu terbabit mendapat reaksi bercampur-campur netizen.

Siti Sarah misalnya turut menerima tempias apabila suaminya, pelawak dan penyampai radio, Shuib memberikan komen mengenai isu itu.

Lalu, penyanyi lagu Semakin ini meluahkan rasa kes4l dan sedih atas situasi yang berlaku.

“Ya Allah, kami ini insan kerdil hamba-Mu. Segala yang dimiliki kami juga datangnya dari Mu.

“Maafkan kami, kalau salah pada nada bicara, kami takde niat lain hanya berharap yang baik-baik buat semua.

“Di saat sukar ini semua pihak memerlukan bantuan, dan Alhamdulillah dengan khabar gembira daripada kerajaan semalam.

“Tidak kira siapapun kita, pasti ada yang terselit mereka yang susah dan perlu dibantu.

“Tidak kiralah siapapun mereka

alhamdulillah rahmat dan rezeki Allah, kami dikurnia kelebihan dan dari pihak kami insyallah sentiasa bersedia membantu mereka yang memerlukan,” tulisnya.

Sarah turut memaklumkan golongan selebriti yang memerlukan bantuan adalah dari mereka yang ada pasang surut dalam meraih pendapatan.
“Artis yang memerlukan bantuan itu bukan semua, maksudnya mereka yang juga sama seperti manusia lain juga ada pasang surut hidup.

“Macamnilah, andai kita ada lebih kita bantulah, Insya-Allah ada hikmah dari Allah.

“Tiada ada istimewanya kami, kita semua sama manusia biasa. Takpe, kita jangan berhenti berdoa.

“Moga cepat habis semua musibah ini. Amin. Doakan kami kuat menghadapi dugaan ini juga,” pohon Sarah.

Untuk rekod, Sarah atau nama sebenarnya Siti Sarah Raisuddin mendirikan rumah tangga bersama Shuib pada 26 Februari 2011.

Pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Foto: Instagram Siti Sarah

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!




Source:https://www.keramatviral.com/2020/03/29/daif-nye-makan-daging-burger-je-giliran-siti-sarah-pula-dibidas-net1zen-bila-cuba-pertahankan-suami/?fbclid=IwAR2zLRR-weovSzFi5WGQWEvinOFJYzgoqLQwuTMYyrjyEm8ibyDtk6GX2ZU

Tidak ada komentar untuk "“Daif Nye, Makan Daging Burger Je..,” – Giliran Siti Sarah Pula Dibidas Net1zen Bila Cuba Pertahankan Suami?"